Wednesday, January 10, 2007

Salahkah aku??

Terbaca keratan berita di the Star bertarikh November 30, 2006. Setujukah anda?


Don’t blame road condition for accidents

By YENG AI CHUN

MOTORISTS should exercise cau- tion when driving on “bad” road stretches.
They should not blame the road condition for any mishap on such stretches, said North Seberang Prai district public order and traffic chief Asst Supt Abd Aziz Daud.
(read more..)

Jika anda memecut di tempat yang tidak sepatutnya atau melanggar undang-undang lalu lintas lalu terlibat dalam kemalangan ..memang sewajarnya anda dipersalahkan. Tetapi bukan kita tidak pernah dengar cerita kemalangan disebabkan mengelak lubang atau penunggang motosikal jatuh disebabkan lubang.

Siapa yang sepatutnya bertanggung jawab atas kerosakan pada kereta kita akibat keadaan jalan yang "terlupa" untuk diperbaiki? Mungkin ada pihak yang cuba "pejam mata" dengan menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka melaksanakan tugas...renung-renungkan.

Monday, January 08, 2007

Jalan Rosak...Keretaku jadi mangsa!!











Banjir menyebabkan Jalan Yahya Awal di depan SK Convent, Johor Baru rosak teruk...ini cerita banjir..bagaimana jalan di tempat anda yang rosak bukan kerana banjir...?? Masih dibiarkan atau sudah diperbaiki??

Hike will take its toll on us

Valley View by FREDERICK FERNANDEZ

IT IS probably good that we will soon be bidding farewell to 2006. It has been a tough year for the man-in-the-street, who has been burdened with higher costs – fuel, transport, food, electricity, water and assessment rates.
For Klang Valley folks, that is not all, as they must now brace for higher toll charges on five major highways in the Klang Valley from Jan 1 next year.
The concessionaires of Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Kesas, Guthrie Corridor, Grand Saga and Kuala Lumpur-Karak highways are seeking an increase of between 20% and 46% for toll rates, beginning next year
. (read more...)


Bila membaca berita-berita seperti di atas, terasa kita seperti semakin dihimpit dan dihambat oleh kesempitan berikutan kenaikan pelbagai kos yang berkaitan dengan sara hidup. Tetapi adakah berbaloi kenaikan tersebut dengan mutu atau nilai perkhidmatan dan prasarana di sekeliling kita. Jika kerajaan memilih untuk mengelak bagi menampung kos dengan tidak membayar subsidi kepada pihak konsesi, adakah kos tersebut memberikan kemampuan atau kelebihan kepada kerajaan untuk meningkatkan mutu perkihidmatan lain sebagai contoh mutu jalan raya kepada rakyat keseluruhannya??

Saya percaya kita semua ada luahan tersendiri tentang pengalaman yang tidak menyenangkan yang seharian dihadapi oleh kita sendiri mahupun kenalan-kenalan kita berkenaan mutu jalan raya dan infrastruktur lain yang semakin buruk di negara kita. Apa kata kita berkongsi foto dan cerita tentang perkara-perkara sebegitu di blog ini.
Mulai sekarang, blog ini khas untuk kita berkongsi foto-foto menarik berkenaan mutu jalan raya dan prasarana lain di negara kita.

Jejak Bertapak Revisited

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ...

Akhir-akhir ini, tangan terasa gatal untuk menulis blog untuk dikongsi bersama semua pelayar-pelayar blog semua. Blog ini hadir di tengah-tengah kehangatan ...yang seperti tiada penghujung. Tujuannya satu untuk sama-sama kita melihat dan berkongsi isu-isu semasa terutama masalah berkaitan dengan kelemahan pengurusan pihak berkuasa tempatan serta melihat wajah sebenar infrastruktur negara kita yang tercinta !!
Mungkin bukan penyelesaian dipinta tapi..sedikit ikhsan dan kesedaran...